Tuesday, June 16, 2009

nk try tp x dpt plak.. huhu


Program Siswazah Perantis ini bertujuan untuk meningkatkan pembabitan golongan muda dalam bidang perniagaan dengan memberikan pendekatan dalam dunia perniagaan melalui program latihan sangkut.
SYARAT KELAYAKAN
Bumiputera tidak melebihi 30 tahun semasa memohon
Pemegang Ijazah, Diploma atau Sijil Kemahiran (Tahap 2) dari Institusi yang diiktiraf Kerajaan
Tidak mempunyai perkerjaan tetap dan berminat menjadi usahawan
Menjalani latihan sepenuh masa
FAEDAH KEPADA SISWAZAH
Pelatih akan diberi elaun sara diri sebanyak RM800-00 sebulan sepanjang Program Siswazah Perantis
Pelatih berpeluang mendalami selok belok perniagaan melalui program ini
Pelatih akan diberi latihan teori dan amali keusahawanan dan kursus menyediakan Rancangan Perniagaan
Jika memenuhi syarat, pelatih layak mendapat pembiayaan khususnya Skim PROSPER Siswazah untuk memulakan perniagaan sendiri
SYARIKAT PENEMPATAN LATIHAN (MENTOR)
PUNB akan menggunakan sebahagian besar daripada 1,600 perniagaan dibawah naungannya yang sedang beroperasi sebagai Mentor
Syarikat-syarikat lain yang sedia bekerjasama dengan PUNB
Tempoh latihan ialah 6 bulan atau setahun bergantung kepada bidang perniagaan
SEKTOR YANG BOLEH DICEBURI
Restoran, Konfeksi & Bakeri
Kedai Runcit, kedai serbaneka dan Pasar Basah
Automotif – Kereta
Automotif – Motosikal & Basikal
Telekomunikasi dan Peralatan Komputer
Pendidikan & Pusat Asuhan
Perkhidmatan Profesional seperti Perakaunan & Kajitanah
Perhiasan & Kelengkapan Rumah
Hadiah, Cenderahati dan Bunga
Buku dan Alatulis
Barangan Kemas
Pakaian, Tekstil & Aksesori
Kosmetik & Khidmat Kecantikkan
Khidmat Kesihatan
Sukan dan Rekreasi
Percetakan & Automasi Pejabat
Peralatan logam & Bahan binaan
Khidmat Pembersihan & Sanitari
Farmasi
Optikal
Pengedaran
Lain-lain (Asas tani, Pengurusan Acara, Lanskap, Pengiklanan)
PROSES PERMOHONAN
1
Peserta (i) Mendaftar, dan(ii) Menghadiri Sesi Kesesuian Keusahawanan
2
Peserta (iii) Temuduga Sesi Tapisan Awal
3
Pemilihan di Mesyuarat Jawatankuasa PROSPER SISWAZAH (PSWC)
4
Kelulusan Menyertai Program
5
Sesi Suai-kenal MENTOR - MENTEE
6
LATIHAN
Calon yang berminat adalah digalakkan untuk memohon secara online.

No comments: