Wednesday, December 25, 2013

attending wedding anak perempuan blogger terkenal, kkida.heheh


Salam semua
Maaf ler dah lama sesangat tak update blog. 
Al maklum la busy dgn online business.
Hehehe.
Alhamdullilah business online berjalan lancar.
Amin amin amin. 
Rezeki anak.

Hari ni aku nak update gambar je.
Hehe
Sebab tadi aku attend wedding ika,
anak kkida.
Blogger famous tu.
Dari jauh dia dah cam aku.
Sebab aku pakai baju kurung cheetah.
Dengan anak aku sekali berbaju cheetah.
Muahahaha.

Apa2 pun jom cekidaut picture!!!









Selamat pengantin baru ika n ariff!!



Monday, December 9, 2013

jom like page cheetah ramai2!!. hehehe.

Salam semua,
hari ni entry pendek je.
hehehehe
Nak mintak rakan2 blogger like page baru kita.
Kita buat bisnes sampingan.
 kita jual inner magic.n inner silang.

Sapa2 yang berminat bole click link kt bawah ni
Jom like and cekidaut!!
hehehehe

Friday, December 6, 2013

inner magic plak. rm7 je. hehehe


Ni inner magic plak.
Hehehe.
Rm7 je.
Murah tau n free postage lagi tau.
Kalau beli 2 rm12 je.
Diskaun lagi tu.
Jom cekidaut picture!!


Ni contoh2nya.
Magic jugak la.
Sebab bole buat awning sket.
Kain pun sejuk tau.
Plus anak tudung ni kita tak payah gunting belakang.



Kalau beberminat bole la order ya!!
Bole drop komen.
Hehehe.


Adiosss!!




Sunday, December 1, 2013

Sunday, November 24, 2013

promote, promote dan promote lagi. Hehehe



Meh la beli inner silang ni.
Murah je.
Rm16 je tau.
Dah turun harga.
Hehehe





Below is me wearing black cross inner.
Wahhh speaking giteww. 
Hahaha. 
Seriously kain dia sejuk n tak panas.
Kalau berminat bole order kat kita.
Hehehe



Adiossss!!







Friday, November 22, 2013

kanak kanak riang! itu la aku. hihihihi



Bila dah keluar berjalan tu memang seronok la kan.
Hehehe.
Tambah lagi dah jadi housewife ni.
Kehkehkehkeh.
Berjalan sampai ke ikea tu.
Hahaha.




..........................................................

Kat bawah ni inner silang yg aku jual.
Rm20 je n free postage. 
Hehehe. 
Murah je, jom la beli.
Heheheh




Adiossss!!!!







cheetah la sangat kan.. kau hader??!! hahaha




Hah amik kau!!
Sampai bekal air corak cheetah.
Hahaha.
Cheetahlicious sangat tau!
Curlass kau jah!!
Hahahah



Adiossss!

P/s : kalau ada yg minat nk beli inner silang yg
ada 3 silang tu bgtau ya.
Hehehe
RM20 jerr.
Hehehe



restoran chef zubir terbaikkk!!!



Sapa iteww chef zubir???
Korang tak kenal ke???
Ala dia tu yang jadi judges utk Masterchef tu.
Hehehe
Hari tu aku n family makan kt restaurant dia.
Fuhh memang superb la!!
Presentation platting pun tip top hokay! 
Rasa macam makan kt 5 star hotel.
Hehehe

Iya la dah nama pun chef kan,
mana bole platting tu macam cokia ye dak.
Hehehehe

Anyway jom cekidaut picha!!











Sapa yg berminat tu bole la datang singgah.


Adiosss!!!!
 
Alang2 tu jom cekidaut link kita.hehehe
 
 
 
 

bila tido dah macam org tua. kehkehkeh



Ni la anakku punya style tido. 
Dah macam org tua.
Hahahah.
Tak tau la sapa yang diikutnya.



Adiosssss!!

Lagi satu, kita jual inner silang,
kalau berminat bole click kt link ni ya.
hehehe
inner silang


 

Thursday, November 21, 2013

cheetah jual inner silang!! Hehe



Salam blogger,
Sejak dah bergelar housewife ni,
Aku mula berjinak2 dgn online bisnes.
Hehehe.
Ala bisnes kecil2lan je.

Sekarang ni famous org guna inner silang. 
Aku dh try pakai,
memang sejuk n tak panas kain dia.
So since aku pakai rasa best n selesa,
Aku nk org kat luar pn rasa ke'best'an tu.
Hahahaha
.


Jom cekidaut!



Murah je kan??
Hehehe.

Kalau berminat bole sms or drop komen.
Tel : 017- 620 2648

Sunday, November 3, 2013

First attempt! shaklee. hehehe


Salam semua!
Happy weekend! !!
Hari ni takda entry menarik nak ditulis,
Hehehe. 
Cuma nak bgtau aku dah guna shaklee.
Yeayy!!
Hehehe
Aku tertarik nk try product shaklee ni
sebab ramai yg cakap ESP shaklee ni bole utk
susu ibu.
Banyak gak aku baca komen2 dan
ramai yg ckp ada kesan positif
So tu yg tergerak hati aku nak try. 
Aku baru try friday,
so belum dpt result lagi la.
Apa2 pun kita tggu dlm seminggu.
Hehehehe







Adiossss!!!







Tuesday, October 29, 2013

Back to work!!! Entry tanpa gambar. hihihi



Salam,
Lama sudah ku tinggalkan blog tercinta ni.
huhuhu
Walau bagaimanapun,
Welcome back to office Ms. Cheetah!
and
Welcome back to reality!
Oh gosh!

Al maklum la bila dah lama sangat cuti,
mood nak bekerja tu tak berapa sangat la.
huhuhu

Tambah plak terpaksa berpisah dengan anak.
huhuhu
Tadi drive pun rasa sebak je.
huhuhuhu
Selalunya anak depan mata je,
tapi bila dah kena keje,
terpaksa berjauhan plak.
huhuhu


Tu pun mengharapkan bekalan susu mencukupi.
So bila ada masa terluang kat office tu,
for sure akan ku pam.
hohohoho.
Walaupun tak dapat banyak tapi bole la.
Silap aku jugak, time pantang tu tak nak pam siap2.
My bad. hihihihi


Okay, cukup sampai sini saja entry aku,
nanti ada masa lagi akan ku update.


Adiossss!




Friday, October 4, 2013

pantang is over!! hoyeaah!!




Salam semua!!
Wah rasa lama sangat sangat sangat
tak update blog.
Bukan menghilang or merajuk,
tapi aku dalam tempoh berpantang. 
Hehehhe.


Alhamdullilah kini tamat sudah tempoh
berpantangku. 
Hehehe
Kini 
Skrg life aku bukan mcm dulu dah.
Apa2 nak buat kena pikir anak dulu.
Tambah plak anak perempuan. 
Banyak benda yg harus ku didik.


Sepanjang sebulan ni,
mcm2 aktiviti aku buat dgn anak aku.
Aktiviti la sgt. Padahal ank kecik lagi.
Hahaha
Antaranya ;
Sambut bday anak yg ke sebulan.
Hehehehe.
Ibu dia yg hover hokay.
Hahaha
Anyway banyak lagi aku nak tulis,
tp waktu tak mengizinkan.
Next time aku smbung lagi. 
Let's enjoy the pic!





Thursday, September 19, 2013

entry pendek. hehehe




Salam,
Rasa lama sangat tak update blog ni.
Hehehe. 
Yer aku mssih dlm mood berpantang lagi.
Hohoho
Tapi still nak update blog.
Hihihi

Walaupun dlm pantang, 
Masih sempat nak shopping.
Tapi shopping online la. 
Hehehe





Adiossss!

Wednesday, August 28, 2013

Alhamdullilah, im officially a mother!




Salam, 
Rasanya dah lama sangat tak update blog. 
Bukan apa, kita cuti bersalin.
Hehehe
Alhamdullilah tanggal 23 August 2013,
Lahir la puteri sulung ku.
Alhamdullilah n syukur sangat2!!!
Setelah 41 minggu dalam perutku ini.
Akhirnya dapat jugak dia melihat dunia.
Syukur!!!!

Tu Saja yang aku nak update.
Nanti dah habis pantang,
Insyaallah akn ku update lagi.

Doakan kami ya!!!!


 Adiossss!!!

Tuesday, August 13, 2013

Salam Aidilfitri!!!!

 
 
Alhamdullilah kita dah masuk bulan syawal.
Dan aku plak masih menanti hari.
hahaha
Nampaknya anak aku ni nak beraya puas2 dulu kot.
hehehehe
 
 
Alang2 dah menulis blog ni,
aku nak mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri
dan
Maaf Zahir dan batin.
Kalau ada salah dan silap harap dimaafkan la.
hehehehe
 
Apa2pun salam aidilfitri dari aku dan family.
 
 
ni gambar raya ke 2.hehehe.
Raya pertama, tema ktorang hijau.
hehehe
 
 
adiossss!!!
 
 
 
 


Wednesday, August 7, 2013

menanti hari..




Salam Ramadhan, 
Pejam celik pejam celik,
Kita dah sampai ke penghujung Ramadhan. 
Di kala orang ramai mengira hari nak beraya, 
Aku plak mengira hari nak bersalin.
Muahahaha.
Tapi walau macam mana pun,
 mood raya tetap ada.
Hehehehe.
Semalaman berjalan mencari barang raya. 
Hihihi.

Apa2 pun selamat hari raya dan maaf zahir batin!!

Monday, August 5, 2013

Bila....



Sangat stresss hokay!!!
Stress bila email office tak bole bukak.
huhuhu.




Saturday, August 3, 2013

Alhamdullilah! menang GA 1001resepi!


Salam sabtu,
alhamdullilah aku menang juga contest
Dari blogger kkida!!!
Yeaaayyyy!
hehehehe
Rezeki anak mungkin.
Amin amin amin.
Apa2 pun jom cekidaut pictures!

Jeng jeng jeng
hihihihi
sangat2 suspen hokay!




Tak sempat smpai umah sndiri, aku dah bukak hadiah.
(bukak atas kereta lagi.hihihi)
Sebab mak aku yg call bagitau ada hadiah.
Siap ada kad raya lagi.
Mak aku pun excited sekali.
Hehehe




Ni la hasilnyaa.
OMG!
Seriusly cupcakes stand n semua gift tu sgt2 cute!!!
 hehehe.
Hasbenku nak gak pose kat belakang hadiah tu.
hehehe



* ni entry untuk acknowledged receipt *


Thank you so much to kkida!!




Friday, August 2, 2013

Free autographs finalist masterchef australia!! ;)



Seronok rasanya bila dapat autograph
ada nama kita sekali
yeahhh!!
hehehe



Thank you to my hasben.
hehehe
Semalam dia dapat sesi interview dengan Amina ni.
Hasben aku siap bagitau yang aku ni minat n suka cara masakan dia
Tu yang dapat autograph ada nama skali tu.
hehehe
Tak sabar nak tengok final masterchef Australia!


adiosss!!






 




Thursday, August 1, 2013

Berakhir sudah contest GA dari blogger Kkida.. ;)



Salam Khamis,
Alhamdullilah, hanya tinggal beberapa hari saja lagi
kita nak menyambut syawal.
yeahh!
Apa2pun GA dari blogger kkida sudah pun berakhir.
Hadiahnya sudah dibungkus,
tapi masih belum tahu siapa pemenangnya.
Sangat2 mendebarkan
hehehe
Menang dan kalah adat permainan.

Apa2 pun join GA kkida ni memang sangat2 best hokay!.
Next time akak buat lagi ya.
Harus la cheetah akan join!
hehehehe


Adiosss!








Wednesday, July 31, 2013

I'm back!!!






                                                                            Salam,
setelah sekian lama menyepikan diri,
akhirnya aku kembali.
heheheh
Bukan apa,
2 hari ni aku MC.
huhuhu
Perut meragam plak.
So tak dapat la nak update apa2.

Hari ni pun takda entry menarik gak,
cuma nak bagitau kehadiranku di dunia bloggin ini
(ayat poyoss sangat.hihihihi)
Alang tu jangan lupa LIKE kat SINI ya!!
hehehe


Adiossss!!!






Jom like ramai2! senang je, clik 'LIKE' je..hehehe(Sticky post)



Salam semua!
Salam ramadhan sekali lagi.
Alhamdullilah entry kita tercalon untuk contest
dari blogger kkida, koleksi 1001 resepi.
Oleh itu,
nak mintak jasa baik pembaca diluar sana untuk 'LIKE'
entry link kita ni.
bole klik SINi
Pleaseeee...
Kesian kucing tu,
tolong jangan biarkan kucing itu bersedih.
hihihihi
Undian anda amatlah dihargai
gitewww!




Adiossss!







Friday, July 26, 2013

Selangorr cuti??? Say what??!!!



Ini tidak adil
tidak adil
tidak adil
(kan dah terikut lagu Yuna plak.hohoho)

Selangor cuti sebab Nuzul Al-quran??
Kenapa tidak isytiharkan cuti untuk semua negeri je???
Tidak adil.
huhuhuu
Aku pun nak cuti gak.
Hasben aku la orang yang paling best sekali,
sebab dia dapat cuti.
huhuhu

Aku plak kene kerja.
Takpa, sabar cheetah.hehehe
Hari ni balik pukul 4,
so ada berapa jam saja lagi
hahhaa



Adiosss!






Teruskan "LIKE" dan 'LIKE" dan "LIKE"! yeayyy!





Salam Jumaat,
Hari ini takda entry menarik aku nak post,
cuma nak mintak ANDA,
ye AWAK yang sedang membaca blog ini,
untuk menge"LIKE" di
ngeh ngeh ngeh!
Bukan susah pun, LIKE saja
hohohoho




Adiossss!!!






Wednesday, July 24, 2013

udang butter basah... 1st trial..hehe



Semalam ntah macam mana aku tetiba nak masak
Udang butter.
Mulanya aku cadang nak buat yang kering punya.
Tapi bila aku tengok resepi,
alahai complicatednya.
huhuhu.

So aku cari plak resepi untuk butter prawn yang basah punya.
Nasib baik jumpa and senang sikit nak buat.
hehehe
Alhamdullilah,
walaupun 1st time buat,
menjadi gak and cukup rasa.
(sebelum bberbuka aku masak.hihihi)



Bahan2 dia mudah je.
udang (ikut suka berapa ekor)
susu cair,
mentega
sedikit bawang putih
daun kari
cili padi
garam n lada sulah (perap kat udang mentah tu)
minyak masak

dan
Siap!!!!




Adiosss!!









Friday, July 19, 2013

hari ini Jumaat.. ;)



Salam Jumaat,
Yeahh hari ni dah jumaat!
Tak sabar nak balik!
hohohoh.
Padahal baru je masuk office.
hihihihi

Apa2pun,
Salam Ramadhan yang ke-10
Semoga hari hari kita dipermudahkanNya.
Amin Amin Amin








P/S : Jangan lupa jengah2 entry kat SINI untuk contest di SINI.
hehehe



Adiosss!!




 

Wednesday, July 17, 2013

Wordless Wednesday. Ada beza kahh??



Lihat la perbezaannyaa.
Chips more dalam iklan
and
Chips less dalam real punya?? erkkk?
What say U??
hehehehe







Adiossss!






Tuesday, July 16, 2013

Iftar di JW Marriot Kuala Lumpur.. ;)


Salam Ramadhan,
Alhamdullilah dah masuk hari ke 7.
Alhamdullilah jugak aku masih gagah untuk berpuasa di saat2 tgh preggy.
Mudah2an dipermudahkanNya.
Amin.


Okay, back to story.
Last weekend aku and hasben berbuka puasa di luar.
Tengah ada chance ni, baik jalan2 dulu.
Takut nanti dah hujung2 puasa kena rest cukup2
(tunggu time je ni nak due.hihihi)
Actually takda plan pun nak bbuka kat luar,
pakai terjah je.
So ktorg pilih JW Marriot Kuala Lumpur.
hehe.
Menu dia semua menu tradisional.
rates utk buffet dia sangat2 berbaloi utk 5 stars hotel
RM 75++ per pax (next to swimming pool)
Open air la.
Ada gak yang RM 65++ tapi tu kat 4th floor.
Ada 150 menu.
fuhhh!!
Salah satu menu yang menjadi rebutan is kambing panggang.
hasben aku cakap sedap.hehehe
Tapi sayangnya, aku tak snap banyak gambar.
Sebab aku busy makan.hahaha

Tapi ada lah sikit2 gambar yang bole dikongsikan.
hihihihi,
Enjoyssss!!




Ni lauk kami berdua..hehehe




                                                                               
hasben aku posing jap.
Staff diorg sangat2 la sporting.
siap suruh hasben aku pose pegang pisau tu.
konon2 tengah potong kambing tu la.
hehehe
                                       

                                                                                     

                                                                              
Last picture sebelum balik.hehehe
Staff JW Marriot sangat2 la friendly.
terbaikkk!!!




Adiossss!!!!





Friday, July 12, 2013

juadah berbuka.. entry khas utk contest 1001resepi.hehe




Salam Ramadhan,
Alhamdullilah dah masuk hari-3 kita bpuasa.
Untuk entry kali ni,
Aku terpanggil utk menyahut cabaran blogger kkida kita.
Wahhh giteww!
Hahaha.
Al maklum la, last year penah join GA kkida ni.
tu yang nk try join lagi.hihihi
Best dapat jumpa semua blogger time event kkida ni!
GA dia sgt2 mudah je,
Snap picture juadah bbuka or sahur
and snap picture dgn family n submit link.
Plus, hadiah2 dia sangat2 la menarik hokay!
antaranya :


sangat comel hokay cupcakes stands ni!




 dan banyak lagi hadiah dia!!!
Bole klik SINI


Juadah bbuka aku tak la semeriah mana,
Sebab hanya aku,hubby n baby dlm perut je.
Hehehe
Walaupun lauk beli je,
aku tetap nk join GA kkida ni.
Hihihi
Tapi lauk2 semua ni based on tradisional menu.
Baru nampak kemelayuan sikit.hehehe
Venue : Kat rumah je.
Lebih afdal dan mengeratkan berbuka kat umah
hehehe

Tak perlu citer panjang,
Let's pictures do the talking
Cekidautt!


Udang masak lemak cili api


Ayam masak lemak cili api



Itik panggang (menu fav hasben aku.hehehe)




Sambal petai ikan bilis.


Ni pencuci mulut kami.
Kuih cara.hehe


Ha yg ni plak selalu jual time kat sekolah dulu.
Sengkuang sos.(tak tau la betul ke tak namanya.hihihi)
Tak sangka bazaar ramadhan ada jual gak
Hehehe


Yg ni pose husband aku.hehe
Enjoying the food katanya.hehe
Dia try nk kenyit mata, tp jadi macam tu plak.
Hahaha



Harap2 entry aku ni tercalon.hehehe
Mana tau rezeki anak.
Hihihihi


Adiosss!!!