Friday, December 16, 2016

Kita jual bawal Pucci Bidang 60 tau!


Salam jumaat semua!
Kita nak bagitau,
Kita jual bawal Pucci bidang 60!
Ha ni bidang besar tau!
Insyallah cover aurah kita.

Kalau yg berniqab pun kita bole buatkan.
Cuma kena tambah rm5 je.

Sapa2 berminat bole whatsapp:
012 - 2800 433

Harga bawal pucci ni :
RM 55
POSTAGE RM8 (SM), RM11 (SS).

cepat2 order dgn kita tau.
Bawal Pucci ni ada 4 kaler je.
Biru, Oren, Purple dan Coklat.











Thursday, December 15, 2016

Jom Hi 5! Rezeki anak menang contest lagi!


Last weekend cuti panjang sket.
Hehehe
Plus en.suami pun cuti hari selasa tu.
Untung keje selangor ni.
Heheheh
Aku? Hari2 cuti.
Hahahaha

Ok la nak cte sket.
Last weekend dapat tgk show Hi 5.
Alhamdullilah menang contest
Rezeki anak.
hehehehe. 
Bertempat di Istana Budaya.
Shows tu memang best!
Kita as parents pun enjoy gak.
Anak aku enjoy smpai tertido2 dalam hall tu.
Hahaha

  Stage dia pun comey sgt!

Si kecik yg tak reti duduk diam.
Hahaha
Tak sabar2 nak tggu shows tu start.
Hehehe

Alhamdullilah dapat seat depan sket la.
Hehehe

Mula2 taknak amik gambar,
tapi lepas tu kemain banyak dia request nak bergambar.
Hahahaha


My happy kid!

Habis show tu memang kami anak beranak enjoy!


Wednesday, November 16, 2016

Rezeki anak! Hoora hoorey!!


Rezeki anak!
Gigih perah otak nak buat slogan.
Hahaha
Dah tu kena buat less than 20words plak.
Hohohoho
Dalam kepala ayat semua lebih 20words.
Hehehe
Potong punya potong dapat la
20words.
Hehehe.

Ni baru tadi dapat hadiahnya.
Posman hantar.
Kemain seronok si kecik ni.

Hehehe
Ada rezeki bole join lg la.
Muahaha




Friday, November 11, 2016

For Aisha?


First time jumpa 
produk ni utk baby.
Biasa kita nampak jenama Heinz saja kan.
Yg ni pun secara kebetulan jumpa di Jaya Grocer Intermark KL.

Insyaallah akan try utk next baby
nanti.
Tapi tak perasan harga plak.
Hehehehe





Demi anak!


Ni akibat gara2 anak tengok 
iklan susu frisco
yg anak dia tolong buat biskut 
bentuk orang.

Anak aku pun dah terikut skali.
Tapi bukan ikut nak susu tu,
tapi biskut bentuk orang.
Hehehehe

Ok la, 
kita ikutkan je la.
Jadi la biskut butter yg 
tak seberapa ni.
Gigih jugak la buat.
Tapi dengan bantuan mak aku la.
Hohohoho.

Resepi campak2 je ni.
Sukatan pakai agak je.
Hahaha.
Nasib sedap.
Kehkehkeh 

Moh la kita layan gambar.
Hehehe







Saturday, October 1, 2016

Berinai plak..



Orang nak berinai,
Kita pun nak berinai kan.
Hehehehe

Well inai kali ni aku pakai campur2.
Guna serbuk n pakai picit tu.
Aku gabungkan.
Bole agak la nak letak banyak mana.
Tapi biasanya aku lebihkan yg serbuk tu.
Sebab nak ada bau2 daun inai.
Hehehe.

Pakai inai ni sekejap je.
Dalam 1 jam dah merah dah.



Ni hasilnya. Puas hati la.
Hehehe.
Mana nak cari??
Ha bole pegi kedai indai kt jalan masjid india.
Cuma inai picit tu aku dapat dari Mekah.
MIL aku belikan.
Tapi bole try cari kat sini.
Rasanya ada jugak.

Inai2 macam ni memang banyak diorg jual.

Adioss!!!




Wednesday, September 28, 2016

Kali ke 2 of detox water. Hehehe


Yg ni kali ke 2 plak aku buat detox drink
untuk husband
Hehehehe


Bila kita tnya
husband ada apa2 perubahan ke?
Katanya badan mcm makin ringan la.
Hehehe
Plus jangan minum je air ni,
tapi kena jugak buat senamam.
Macam husband kita ni dia memang 
main basketball.

So tu pun dah kira senaman.

Tapi tadi ada baca yg lemon ni tak elok
plak dimasukkn skali kulitnya.
Huhuhu.

Tak tau la mana yg betul.
Katanya elok diambil saja jus lemon tu.

Hmm...
Takpa kita tengok macam mana nanti.
Hehehehe



Monday, September 26, 2016

Air lemon katanyaa. ahaks!



Rasanya agak ketinggalan untuk aku buat air lemon
or so called air detox or so called infused water.
hehehehe.

By the way,
air ni bukan untuk aku,
tapi untuk husband aku.
hehehe

Sejak2 dah kawin n beranak pinak ni,
badan laki aku makin naik.
Dulu dia pun takda la kurus sgt tapi fit la.
So aku cuba la nak bagi semangat kat dia untuk fit balik mcm dlu.
hehehe.

Gigih aku mencari botol air besar n beli lemon kat kedai.
kehkehkeh.

so dengan harapan hasilnya menjadi la.
hehehe.
Aku pun geram gak bila orang duk cakap laki aku ni gemuk.
huhuhu.
Bila kurus terlebih kang, org cakap stress dengan bini plak.
Bila gemuk sgt pun org ngata gak.
Padahal gemuk itu bahagia.
Ceewaaahhh.
hahahaha

Tadaaa ni la hasil air yg aku buat.
hohohoho


Harap2 ada hasil la.
Hehehe
Bukan untuk kurus tapi untuk fit n sihat.
Hihihi





Tuesday, September 20, 2016

Birthday vs Anniversary


Nak dijadikan cerita birthday anak
dan tarikh anniversary kami sangat2 la
dekat.
Hehehe

Alang tu celebrate skali.
Muahaha.
Agak lama tak masuk berblog
smpai dah lupa macam mana buat blog.
Hahaha

Untuk hadiah anak,
takda yg istimewa sgt cuma bawak dia
masuk Aquaria KLCC je.
Dan aku plak, hadiah anniversary jugak
tiada yg istimewa melainkan
baby dlm perutku ni.
Insyaallah.
Doakan yg terbaik buat kami berdua.
Hihihi.

Citer panjang2 kang takda org baca plak
Hahaha

Kita bagi gambar la. Hehehe
Buat simple celebration je utk ank.
Since dia suka sgt frozen,
so tema pun frozen la.
Hahahha






Kita plak pakai inai. Perasan pengantin.
Hihihi
Al maklum la anniversary katanya.
Hohoho


              Yg kat aquria ni plak sebelum buat
birthday celebration.
Hehehe



Tu je gambar nk update.
Selebihnya dah masuk instagram.
Muahaha 



Thursday, May 19, 2016

pedassss weiii!



Salam semua!!!
dah lama tak update blog hehe
busy je ni.
hahahaha

Anyway kita nak bagitau,
kita dah cuba samyang noodles.
hehehe
Walaupun agak ketinggalan.
Hahaha

Pedassss gilerrrr weiiiii!!!!
Terjuih bibir ni weii!
hahahaha





Friday, January 15, 2016

Jom Lepaq Lepaq!


Rasanya cafe Lepaq Lepaq ni dah viral di FB.
Hehehe
So aku pun amik peluang utk try la.
hehehe

Cafe dia no bad la.
Located kat Jalan Ceylon KL.
Sangat2 berdekatan dgn Jalan Raja Chulan.
Kalau susah2 bole waze je.
kehkehkeh.

Cafe dia is Pork free cafe la.
But dia ada serve alcohol la.

Aku ke sana sebab nak try menu drinks
yg ada cotton candy tu. Hehe

so aku order rainy day chocolate. 
Memang cotton candy tu akan cair n masuk
kat hot chocolate kita.
hehehe.

Cotton candy tu dia letak kat stand
yg mcm besi tu. So jgn risau la sebab
tangan kita takkan lenguh nak pegang candy tu je.
hehehe



Ha yg ni dari jarak dekat.
Nampak tak cotton candy tu jatuh.
Kira macam hujan la.
Sebab tu nama dia Rainy day Chocolate.
Hehehe


Plus kat cafe ni pun ada jual roti2 jugak.
So sesiapa yg beberdekatan bole la drop by
di cafe Lepaq Lepaq.


Thursday, January 14, 2016

Nak cantik macam Korean girl katanyaa! ahaks!


Sejak2 pengaruh korea menlular di Malaysia, 
Macam2 produk korea di jual kat sini.
Haishhh.
Bole terpengaruh dibuatnya.
hahaha.

Tambah2 lagi kalau ada astro go shop.
Hadoii..
rasa nak shopping semua je.
Tapi aku pun manusia biasa yg mudah terpengaruh dgn iklan.
Alih2 tershopping plak kat astro go shop.
hahaha
Produk korea plak tu. Kehkehkeh.
Apakah ia???

Ni dia!!!!
Miseoul Aloevera.
Nak cantik macam korea katanya.
hahaha
tapi serius best pakai benda alah ni.
Muka jadi sejuk n segar je
tambah lagi kalau letak dalam fridge.


Harga utk 4pc rm99 saja tau.
Memang tahan bertahun2 ni.
hehehe

cara bayar Cash on Delivery.
face mist tu pun best sangat.
sesuai la kalau nak travel.
spray je kat muka.

so apa lagi jom la kita cuba!
Hehehe.


Cuti2 malaysia lagi!!


Selamat tahun baruu!!
As usual la tahun baru ni takda la azam sgt.
Cuma nak menghabiskan azam2 yg tak terlaksana last year.
Hahahha

Anyway, utk pembukaan tahun ni,
aku n family in laws bercuti ke Melaka.
Sempena celebrate bday MIL.
Since bday dia jatuh pada 1 JAN.
Trip kali ni arranged by adik ipar n biras aku.

Kami sekeluarga stay di Bayou Lagoon Ayer Keroh.
First time juga aku stay ni.
Bilik dia not bad la plus each room dapat entry ticket
utk masuk ke water theme park.
Tapi breakfast not included la. Hehehhe.

First day artived kat melaka,
aku menyopping di Melaka Premium Outlet.
Hahahha. 
Tapi tak beli apa pun cuma anak n laki je shopping.
Hohoho

Citer pjgn tak guna gak kan. Penat nak baca nanti. Hehehhe
Kita tgk gambar la ya. Hehehe

 Yg ni hubby kita duk shopping kasut basket dia. Hehe


 Yg ni plak jaket anak dibeli kt poney
Melaka Premium Outlet.
harga memang sgt murah tay.
harga asal rm99 n selepas diskaun rm35.
Murah sangat kan??
Apalagi, terus rembat la. Hehehe


As usual la kalau bercuti mana2,
fridgde magnet akan menjadi pilihan utk ole2.
Yang pasti, aku suka cari FM yg ada gmbar makanan.
hehehe

More pictures is coming in!!
nanti kita upload. Hehehe